Tingkap Tesla Model 3 pecah secara tiba-tiba beberapa minit selepas dihantar

972

Nama Tesla kini semakin popular berikutan CEO mereka iaitu Elon Musk muncul sebagai individu terkaya di dunia mengatasi CEO Amazon, Jeff Bezos.

tingkap Tesla Model 3

Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak boleh menafikan bahawa EV dari Tesla kadangkala mempunyai masalah teknikal.



Baru-baru ini, seorang pemilik Tesla Model 3 di California, Amerika Syarikat membuat laporan tentang tingkap belakang EV miliknya yang pecah secara tiba-tiba.

Menurut pemilik yang dikenali sebagai Inderpal Kaur, tingkap Model 3 tersebut tiba-tiba pecah hanya selepas beberapa minit penghantaran dibuat oleh Tesla.

tingkap Tesla Model 3

Ketika kejadian tersebut, dia bersama kakaknya berada dalam EV tersebut bagi memulakan perjalanan pertama mereka.

Mujurlah tiada sebarang kecederaan difahamkan berlaku memandangkan tiada penumpang pada tempat duduk belakang.

Kes melibatkan masalah teknikal pada EV Tesla ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada awal tahun 2020, beberapa laporan muncul membabitkan tingkap Tesla Model 3 yang pecah secara tiba-tiba.

Selain itu pada Oktober tahun lepas, terdapat juga laporan masalah teknikal membabitkan bumbung Tesla Model Y.

Berdasarkan video kejadian, cermin EV tersebut dilihat tiba-tiba pecah tanpa menerima hentakan mana-mana objek dari luar.

“Walaupun belum ada yang melihat EV itu, pihak Tesla membuat kesimpulan bahawa kerosakan tersebut berlaku kerana tekanan yang tinggi pada ruangan kabin dari Tesla yang baharu,” kata Inderpal Kaur.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here