267 laporan kerosakan jalan akibat banjir di enam negeri – JKR

1501
Sebanyak 267 laporan berhubung kerosakan jalan raya, jambatan, cerun runtuh dan jalan mendapat diterima oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kesemua laporan tersebut membabitkan enam negeri yang dilanda banjir. 
kerosakan jalan

Menurut Ketua Pengarah JKR Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman, negeri terbabit ialah Kelantan, Johor, Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor.

Beliau berkata antara kerosakan dilaporkan membabitkan 141 jalan, 58 cerun runtuh, lapan jalan mendap dan tiga jambatan rosak.

kerosakan jalan



“Kita sudah mengarahkan semua JKR negeri terbabit supaya memantau keadaan itu supaya tidak membahayakan pengguna,” kata Mohamad Zulkefly.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat disampaikan pemangku Pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berhubung kejadian tanah runtuh pada Ahad lepas yang menyebabkan Jalan Gua Musang-Lojing di KM92 rosak, dipenuhi bongkah batu, kayu dan lumpur.

Kerosakan sepanjang hampir 2km menyebabkan jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan dan hanya dibuka satu lorong sejak petang Jumaat, selepas kerja pembersihan dijalankan.

Mohamad Zulkefly berkata kajian akan dijalankan bagi mengetahui jumlah sebenar untuk kerja membaik pulih jalan yang rosak terbabit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here