Bugatti Bolide dipilih sebagai hypercar tercantik tahun ini

1067

Ketika pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2020, Bugatti Bolide tampil dengan penampilan dan reka bentuk yang sangat menakjubkan. 

Hadir dengan kemasan warna biru yang menarik, sebahagian besar reka bentuk luaran hypercar ini mampu membantunya mencapai kelajuan maksimum sehingga melebihi 500km/j.

Bolide kini dinobatkan sebagai hypercar paling cantik tahun ini oleh Festival Automobile International di Paris. Hypercar ini dipilih untuk menduduki tempat pertama oleh para juri, dan berjaya mengatasi beberapa pesaing lain seperti AC Mono 2, Gordon Murray T.50, dan Mercedes-AMG One.

Jom Baca:   12 enjin kereta paling berkuasa mengikut hp-per-liter

Bugatti Bolide

Festival Automobile International yang kini memasuki acaranya kali ke-36, merupakan acara yang menilai kereta paling eksotik di dunia berdasarkan beberapa ciri dan pada tahun ini, ianya diadili oleh 14 juri.

Acara ini dipengerusikan oleh arkitek, Jean-Michel Wilmotte dan Anne Asensio, Wakil Presiden Reka Bentuk di Dassault Systemes.

Bugatti Bolide

“Kami sangat berbangga apabila para juri Festival Automobile International sama-sama berminat dengan reka bentuk Bugatti Bolide. Fokus kami ialah selalu mengenai inovasi dan estetika sejak awal. Menerima anugerah ini adalah suatu penghargaan bagi hasil kerja kami,” kata Stephan Winkelmann, Presiden Bugatti.

Jom Baca:   Legenda top speed 400km/j- Bugatti Veyron 16.4 Coupe kini dilelong, bidaan semasa cecah RM4.8 juta

Untuk makluman, Bugatti Bolide dikuasakan oleh enjin W16 seperti model Chiron, dan satu badan yang ringkas untuk menghasilkan downforce maksimum.

Bugatti Bolide

Secara keseluruhan, dengan enjin W16 yang telah dimodifikasi, Bolide mampu menghasilkan sehingga 1,824hp dan 1,850Nm tork.

Berdasarkan simulasi, Bolide difahamkan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.17 saat, 0-200km/j dalam masa 4.36 saat, 0-300km/j dalam masa 7.37 saat, 0-400km/j dalam masa 12.08 saat dan 0-500km/j dalam masa 20.16 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here