[Video] Toyota Raize (Perodua Ativa) selamba tapau kereta dengan enjin lebih power!

47148

Kita pernah melihat beberapa perlumbaan drag menarik, contohnya supercar dengan jet pejuang. Untuk kali ini tidak terlalu pelik, semua kenderaan Toyota.

Perlumbaan drag yang dibuat oleh KUHL Racing TV ini walaubagaimanapun membariskan pelbagai model Toyota dari saiz dan kapasiti enjin berbeza.

Menariknya, terdapat juga Toyota Raize atau dikenali sebagai Perodua Ativa. Ya, SUV kompak segmen-B ini hanya dikuasakan oleh enjin 1.0-liter 3-silinder berkuasa 98hp dan 140Nm tork.

Jadi, agaknya bolehkah Toyota Raize ini menang?

Jangan terkejut, SUV ini tamat di tempat ketiga dari lima kenderaan walaupun ia mempunyai saiz enjin paling kecil. Ia cuma tewas kepada Harrier dan Alphard.

Jom Baca:   PKP: UMW Toyota tangguh operasi pengilangan dan jualan

Mudah sahaja, ini semua kerana nisbah kuasa-kepada-berat atau power-to-weight ratio. Walaupun Toyota Raize mempunyai kuasa paling kecil, ia juga paling ringan.

Dengan 98hp dan 1,050kg, ini bermakna Raize mempunyai nisbah kuasa-kepada-berat sebanyak 93.3hp per tan.

Bagi Alphard contohnya, ia dikuasakan enjin 3.5-liter yang menjana 301hp dan 360Nm tork, tetapi beratnya lebih 2 tan, iaitu 2,090kg. Ini bermakna nisbah kuasa-kepada-beratnya ialah 144hp per tan.

Sebab itu ia dapat tamat di tempat kedua walaupun agak berat.

Harrier menjadi juara kerana ia mempunyai powertrain hibrid, jadi awal-awal lagi ia mempunyai kelebihan pecutan.

Jom Baca:   Anda kini boleh sewa Toyota GR Yaris untuk lenjan di litar dengan Apex Nürburg!

Untuk Prado pula, ia tamat di tempat terakhir kerana nisbah kuasa-kepada-beratnya yang rendah. Walaupun mempunyai 163hp, SUV ini seberat 2,050kg.

Jadi jika dikira, nisbah kuasa-kepada-berat Prado ialah 79.5hp per tan sahaja, lebih rendah dari Raize.

Perodua D55L – seperti ramai sudah sedia maklum – akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Belum ada info mengenai nama apa yang akan digunakan Perodua, adakah Kembara, Nautica, atau nama baharu sepenuhnya.

Maklumat terkini mengatakan ia akan dilancarkan pada Mac ini, tetapi dengan situasi pandemik sekarang, kemungkinan ia akan ditangguh lagi.

Jom Baca:   Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei, sporty habis!

Tahun lepas, Perodua merancang untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun.

D55L ini sudah beberapa kali kelihatan di jalanraya, salah satunya semasa diuji oleh JPJ pada November lepas.

SUV Perodua ini akan berada dalam segmen yang sama dengan Proton X50, Honda HR-V, Mazda CX-3 dan seangkatan dengannya, dan ini akan memberikan pilihan sangat luas dan menarik.

Mana satu yang akan menjadi pilihan anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here