Perodua D55L diintip, pelancaran tak lama lagi?

3428

Kita tahu Perodua akan melancarkan SUV D55L, dan dengan kehangatan yang dibawa oleh Proton X50, ia sedikit sebanyak dilupakan sebentar.

Namun hari ini rakan media kami, Wapcar.my mendedahkan ‘kelibat’ Perodua D55L yang masih penuh dengan celoreng (camouflage), di atas trak pengangkut. Imej itu dikatakan dihantar oleh salah seorang pembaca mereka.



Menurut penerangan, gambar itu diambil di kawasan pejabat JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Putrajaya. Ini bermakna ia sedang melalui proses Vehicle Type Approval (VTA).

Untuk anda yang belum tahu, Perodua D55L ialah kod nama untuk SUV segmen-B pengeluar automotif yang berpangkalan di Rawang itu.

Ia dibangunkan bersama dengan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize iaitu model-model dari keluarga yang sama. Jadi, banyak komponen antara model-model ini akan dikongsi, sama seperti Aruz dengan Rush.

Justeru, Perodua D55L dikatakan akan dibina di atas pelantar Daihatu New Global Architecture (DNGA) dan dipacu oleh enjin 1.0-liter turbo 3-silinder, sama seperti Rocky/Raize.

Enjin ini menjana kira-kira 98PS dan 140Nm, dan akan dipadankan dengan transmisi CVT.

Pada Januari lepas, kami ada melaporkan bahawa SUV Perodua ini akan dilancarkan pertengahan tahun ini. Tetap dengan keadaan pandemik global sekarang, pasti menjadi penyebab kepada penangguhannya.

Tapi pada hemat kami, ia tetap akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Apa pendapat anda mengenai Perodua D55L setakat ini? Mampukah ia menggugat kedudukan Proton X50?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here