JPJ: Siri nombor pendaftaran PPP berjaya kutip RM7.3 juta

1515

Sejak pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) mula diperkenalkan pada April tahun lalu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya memperoleh hasil sebanyak RM203.88 juta.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakhshari Hanipah, hasil kutipan itu membabitkan 158 siri nombor pendaftaran kenderaan yang dibuka untuk dibida orang awam dan syarikat.



JPJ seluruh negara difahamkan berjaya mengutip sebanyak RM61.96 juta bermula April hingga Disember tahun lalu, yang membabitkan 54 siri nombor pendaftaran kenderaan melalui sistem JPJeBid.

Untuk tahun 2020, pada Januari sehingga semalam, pihak JPJ berjaya mengutip sebanyak RM141.96 juta, yang membabitkan 104 siri nombor pendaftaran.

nombor pendaftaran PPP

Lanjut Zamakhshari, bidaan siri nombor pendaftaran PPP yang dibuka pada 5-9 November mengutip hasil tertinggi iaitu RM7.3 juta, mendahului siri SYG yang dibuka sebelum ini dengan kutipan RM3.6 juta.

“Harga bidaan tertinggi adalah bagi nombor siri PPP1 yang dimenangi seorang ahli perniagaan dengan nilai bidaan sebanyak RM260,000.

“Bidaan kedua tertinggi pula adalah nombor siri PPP9 iaitu RM160,000 dan ketiga adalah PPP6 dengan bidaan sebanyak RM140,000,” katanya.

Terdapat seramai 315,758 bilangan pengguna berdaftar dengan JPJeBid bagi berpeluang mendapatkan siri PPP berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here