Selepas Mercedes GLC200, Haqiem Rusli beli Proton X70 untuk ibu tersayang

2065

Penyanyi, Haqiem Rusli, 22, sebelum ini sudah membeli sebuah kereta baru iaitu Mercedes GLC200 untuk dirinya. Kereta yang berharga sekitar RM290,000 tersebut didaftarkan dengan nombor plat 1998, yang merupakan tahun kelahirannnya.

Namun baru-baru ini, Haqiem difahamkan sekali lagi membeli sebuah kereta baharu iaitu Proton X70, yang khas untuk dihadiahkan untuk ibu tersayang.



Menurut Haqiem, ibunya sudah menyatakan hasrat ingin memiliki kereta baharu sejak awal tahun lagi dan dia berkongsi wang bersama ibunya untuk membeli kereta yang dianggarkan berharga RM122,800 tersebut.

Sekarang baru ada rezeki untuk kami beli. Saya dan ibu, berkongsi wang membelinya bersama-sama. Namun, saya sebenarnya taknaklah heboh-hebohkan cerita beli kereta baharu ini. Nanti, ada yang kurang selesa mengenainya, kata Haqiem.

haqiem proton x70

Apapun, bila ia sudah ditanyakan, saya okay saja memberi penjelasan. Tetapi, sama ada ia dibeli secara tunai atau tidak, biarlah rahsia, tambahnya.

Menerusi Insta Story, Haqiem turut memuat naik gambar dia bersama ibunya berlatar belakangkan kereta Proton X70 yang berwarna merah dengan kapsyen ringkas, suka emak dapat kereta baru.

Haqiem berkata sebagai anak dia perlu berusaha untuk menggembirakan ibu tersayang lebih-lebih lagi ibunya sudah lama menyuarakan hasrat untuk memiliki kereta idamannya itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here