Ibu bapa berkorban naik motosikal redah hujan, sekatan jalan demi bawa anak buat pemeriksaan

1354

Sesuatu ujian seperti masalah kewangan, kesihatan dan sebagainya sudah menjadi asam garam dalam kehidupan. Oleh itu sebagai manusia, kita perlu menempuh dugaan itu dengan redha dan hati yang terbuka.

naik motosikal bawa anak

Begitulah juga nasib yang dialami Nur Natasya sekeluarga apabila dia dan suami terpaksa menaiki motosikal dari Ipoh, Perak dengan membawa anak perempuannya menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.



Menurut Natasya, anak perempuannya iaitu Mardhiah Shahadah telah disahkan menghidap penyakit genetik iaitu Chromosome 13q Deletion Syndrome. Bukan itu sahaja, penyakit genetik ini juga telah membawa kepada penyakit kanser mata seperti yang dialami oleh adik Mardhiah sehingga mata kirinya terpaksa dibuang.

Mereka difahamkan perlu membawa anak kesayangan untuk menjalani pemeriksaan setiap 2 minggu di Hospital Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, mereka perlu berulang-alik dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur.

Menurut Natasya, semasa dalam perjalanan menuju ke HKL, hujan pula turun dengan lebatnya. Jadi mereka yang menunggang motosikal terpaksa berhenti di R&R untuk berteduh.

Sepasang suami isteri ini kemudian dibantu diberi tumpang oleh dua individu yang menaiki SUV hingga sampai ke HKL.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan, mereka terpaksa melalui sekatan jalan raya, namun urusan mereka sekali lagi dipermudahkan dan diberi pelepasan oleh pihak polis.

Natasya meluahkan rasa terima kasih kepada insan-insan yang sangat bermurah hati menghulurkan bantuan buat mereka sekeluarga.

Ada yang sanggup menghantar mereka menaiki kereta sampai ke HKL dan tidak kurang juga ada yang memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit. Tambah wanita ini lagi, dia bersyukur dalam ujian yang ditempuhi, Allah telah mempertemukan mereka dengan insan yang baik-baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here