Porsche mengkaji minyak sintetik untuk jentera klasik mereka

1259

Semua pengeluar kini berusaha menghasilkan kenderaan yang rendah pelepasan karbonnya untuk menjaga alam sekitar.

Tetapi dalam satu artikel oleh Hagerty yang dipetik oleh Motor1.com, ia melaporkan bahawa Porsche telah mengkaji dan melabur kepada teknologi bahan api sintetik untuk memastikan jentera-jentera klasik mereka tetap boleh dipandu di masa depan.



Perkara ini bagi kami sangat menarik kerana walaupun telah menghasilkan Taycan iaitu kereta elektrik sepenuhnya, Porsche tidak menganak-tirikan jentera-jentera klasik mereka. Ibarat pandang ke depan dan tidak melupakan sejarah.

Jadi, apa sebenarnya kebaikan bahan api sintetik? Tidak seperti hidrogen, ia tidak perlu disejukkan atau disimpan dalam bekas bertekanan untuk tujuan penghantaran.

Porsche boleh tuang sahaja bahan api ini dalam lori tangki seperti biasa dan dihantar ke stesen-stesen minyak sedia ada. Dan untuk pembeli pula, pastinya bahan api sintetik ini tidak memerlukan jenis pam yang terlalu berbeza dari kebiasaan.

“Kami percaya bahan api sintetik yang dihasilkan dengan tenaga yang 100 peratus boleh diperbaharui mempunyai potensi menjadi elemen penting di masa depan,” kata Oliver Blume, Porsche CEO.

“70 peratus kereta kami masih lagi dipandu di jalan raya seluruh dunia, dan enjin pembakaran dalaman akan masih ada untuk tempoh yang lama lagi.”

Jika bahan api sintetik ini cukup bagus, kenapa ia belum pernah dihasilkan? Punca utama ialah faktor harga, kerana ia akan berkali ganda lebih mahal dari petrol biasa.

Tetapi jangan risau, Blume berhasrat untuk merendahkan kos bahan api sintetik ini agar tidak jauh berbeza dari petrol biasa. Dia menjangka perkara ini boleh direalisasikan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here