Tan Sri Wan Zulkiflee dilantik jadi ahli lembaga pengarah ExxonMobil

1430

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dilantik sebagai ahli lembaga pengarah ExxonMobil.

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin. Imej: Nikkei Asia

Dalam satu kenyataan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ExxonMobil, Darren Woods, yakin penyertaan Wan Zulkiflee yang berpengalaman luas bakal menjadi pelengkap kepada barisan lembaga pengarah syarikat minyak yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat itu.

Woods memuji kejayaan Wan Zulkiflee ketika mengetuai Petronas terutamanya menerusi pertumbuhan strategik dan inisiatif yang meningkatkan kecekapan syarikat, serta penglibatan Petronas dalam bidang kimia.



Malah, CEO syarikat yang tersenarai dalam S&P 500 di Wall Street itu menyentuh mengenai kejayaan Petronas yang merekodkan keuntungan kukuh sepanjang berada di bawah kepimpinan Wan Zulkiflee.

Wan Zulkiflee sebelum ini melepaskan jawatan nombor satu dalam syarikat petroleum negara sebelum kontraknya berakhir.

Beliau kemudian ditugaskan sebagai Pengerusi Malaysia Airlines dan DRB-HICOM Berhad setelah menamatkan khidmat di Petronas selama 37 tahun.

Individu yang menggantikannya di Petronas ialah Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here