Ekzos khas untuk Ferrari F8 Tributo sempena ulang tahun ke-30 Akrapovic

1627

Untuk pasaran ekzos aftermarket, terdapat beberapa jenama yang terkenal, salah satunya Akrapovic. Antara produk terkini mereka adalah sistem ekzos baharu untuk BMW M8 dan Porsche 718 Cayman GT4.

akrapovic

Syarikat ini bahkan pernah bekerjasama terus dengan pengeluar untuk membuat sistem ekzos khas sebelum sesebuah kenderaan dikeluarkan.



Apa yayng luar biasa ialah mereka mendapat pencapaian-pencapaian sebegini dalam tempoh masa yang agak singkat.

Tahun ini, Akrapovic memasuki ulang tahunnya yang ke-30, dan akan meraikannya dengan memperkenalkan sistem ekzos khas untuk sebuah motosikal dan sebuah kereta.

akrapovic

Syarikat ini diasaskan oleh Igor Akrapovic, seorang bekas pelumba motosikal yang pada mulanya hanya membuat penalaan motosikal, sebelum memberi fokus sepenuhnya terhadap bidang penalaan.

Igor Akrapovic membuka syarikat ini pada tahun 1991, dan pada mulanya hanya memfokuskan kepada sistem ekzos untuk motosikal lumba, sebelum berkembang ke pasaran mainstream dan seterusnya untuk kereta.

akrapovic

Syarikat ini kini mempunyai pekerja sekitar 1,300 orang dan mempunyai dua kilang canggih di Slovenia.

“Saya melihat kembali perkembangan syarikat selama tiga dekad, terutama sejarahnya dengan rasa bangga kerana perlumbaan adalah tempat ujian paling sukar bagi sesuatu produk,” kata Akrapovic.

Ujian itu jelas memberi manfaat kepadanya, dengan syarikatnya memenangi 140 gelaran juara dunia dengan pelbagai pasukan perlumbaan dalam pelbagai bidang sukan permotoran.

“Pembangunan dan rasa ingin tahu mendorong kami untuk terus mencari penyelesaian bagi meningkatkan produk kami lebih banyak lagi,” tambahnya.

Untuk menyambut ulang tahun ke-30, syarikat ini akan mengeluarkan dua sistem ekzos khas Evolution Line 30th Anniversary. Kedua-dua sistem ekzos ini akan dibuat menggunakan titanium, dengan satu daripadanya akan dibuat untuk Kawasaki Ninja ZX-10RR/ZX-10R.

Satu lagi sistem ekzos pula akan dibangunkan untuk Ferrari F8 Tributo. Setiap sistem ekzos ini akan dihasilkan hanya dalam 30 unit dan harganya masih belum didedahkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here