Kurang dari tiga saat dashcam ini rakam McLaren 720S ‘terbang’, apa terjadi?

3900

Pemandu McLaren 720S dikejarkan ke hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan di East Coast Parkway (ECP), Singapura.

McLaren 720S

Kejadian yang berlaku pada 7 Julai lalu itu sempat dirakam dashcam kenderaan berhampiran yang menunjukkan pemilik supercar yang memandu di lorong kiri lebuh raya, tiba-tiba hilang kawalan terus membelok ke kanan.



 

Video 27 saat itu jelas merakamkan insiden McLaren putih itu terbabas melanggar pembahagian jalan lalu melambung ke udara. 

Kereta itu mengalami kerosakan teruk, dan masih belum diketahui mengapa pemandu itu bertindak sedemikian.

Singapore Civil Defence Force (SCDF) membawa mangsa yang masih dalam keadaan sedar ketika itu menuju ke Raffles Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak polis tempatan masih menjalankan siasatan bagi mengetahui situasi sebenar dan punca kemalangan itu berlaku. 

BACA>>Pelanggan terkejut rider GrabFood hantar pesanan naik McLaren 720S!

BACA>>Baru berusia 26 tahun, sudah miliki koleksi 20 buah hypercar McLaren, Ferrari, Koenigsegg

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here