Masalah logo stereng, Mazda panggil balik 260,000 unit Mazda3

1811

Logo jenama menjadi punca kecederaan kepada pemilik bukanlah imej baik bagi pengeluar.

Justeru itu, Mazda mengumumkan panggil balik 260,916 unit Mazda3 keluaran 2004-2007 bagi membaiki masalah logo kenderaan pada bahagian stereng.



Kempen itu melibatkan kenderaan di Amerika Syarikat yang mana ketika berlakunya kemalangan logo plastik Mazda berisiko berkecai apabila beg udara mengembang. Serpihan plastik yang berterbangan boleh menyebabkan kecederaan pada pemandu.

Hasil siasatan yang dijalankan pembekal alat ganti Mazda, kes tersebut sememangnya berlaku disebabkan logo yang diperbuat dari poliuretana.

Mazda3

Pengeluar Jepun itu melakukan beberapa perubahan bahan kimia pada logo mereka pada  2006, maka kenderaan yang dihasilkan selepas itu (keluaran 2007) tidak termasuk dalam kempen panggil balik itu.

Pada mulanya, Mazda beranggapan tahap kecederaan pada muka adalah rendah namun, pada 2019, mata seorang penumpang tercedera disebabkan logo yang hancur.

Sepanjang tahun ini, Mazda menerima beberapa laporan kemalangan dari seluruh dunia, dan bimbang pengguna akan mengalami kecederaan yang lebih serius. Jadi, arahan panggilan semula ini dikuatkuasakan.

BACA>>Honda Civic 2022 drag race dengan Mazda 3 dan Toyota Corolla, boleh jadi king segmen-C?

BACA>>Proton S50 (SS11) versi hatchback lakaran terkini oleh Theophilus Chin, pengganti Suprima S?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here