Honda Civic 2022 drag race dengan Mazda 3 dan Toyota Corolla, boleh jadi king segmen-C?

2064

Baru sahaja Honda Civic 2022 serba baharu berada di pasaran global, sudah ada pihak yang menjalankan drag race.

Saluran Youtube Throttle House telah meletakkan Civic baharu ini untuk dilumba dengan pesaing rapatnya dalam segmen-C, iaitu Toyota Corolla dan Mazda 3. Mereka juga turut menjalankan rolling start iaitu pecutan ketika kereta sudah bergerak pada kelajuan sekata.



Siapa yang akan menang anda rasa? Mampukah Civic dengan transmisi yang Honda katakan sudah dipertingkat itu membuktikan kemampuannya dan menjadi juara perlumbaan ini?

Untuk spesifikasi, Honda Civic 2022 ini ialah varian Touring, dikuasakan oleh enjin 1.5-liter VTEC DOHC dengan 180hp dan 240Nm tork. Untuk berlaku adil, semua sedan di sini adalah spesifikasi tertinggi di pasaran mereka.

Mazda 3 GT pula dikuasakan oleh enjin 2.0-liter naturally-aspirated yang menjana 186hp dan 252Nm tork. Output Mazda 3 ini bukan sahaja lebih tinggi, malah ia turut mendapat transmisi automatik torque converter yang lebih sporti.

Sementara itu mewakili Toyota ialah Corolla dengan varian XSE. Corolla ini mempunyai 169hp dan 205Nm tork dari enjin 2.0-liter, dipadankan dengan transmisi CVT.

Tonton video di bawah untuk ketahui keputusannya. Kami tak akan spoil dengan memberitahu anda siapa menang, tapi apa kami boleh dedahkan ialah untuk drag race dan rolling start, pemenangnya berbeza.

Adakah anda mahu lihat perlumbaan sebegini bagi versi Malaysia? Kami yakin keputusannya mungkin berbeza kerana perbezaan spesifikasi ketiga-tiga kereta ini untuk pasaran kita.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here