Yamaha intai Jonathan Rea sertai Petronas SRT?

1570

Yamaha mungkin sedang sibuk meneliti buku telefon pelumba dunia bagi mengisi satu atau dua kerusi untuk musim perlumbaan MotoGP (2022).

Kemungkinan salah satu nama yang disebut ialah Jonathan Rea. Sudah tiba masanya Yamaha menyusun semula barisan pelumba 2022 tambahan akan ada satu nama bakal berpisah dengan jenama tersebut musim ini.

Salah satunya ialah Maverick Vinales yang akan meninggalkan pasukan pengilang. Jadi langkah bijak dalam pengurusan wang adalah memindahkan Franco Morbidelli dari Petronas SRT ke pasukan pengilang menyertai Fabio Quartararo.



Yamaha sudah menilai dan menganalisis calon yang dirasakan tepat bagaimanapun pilihan kemungkinan bakal digandakan sekiranya Valentino Rossi memilih untuk pencen. Keputusan tersebut hanya diketahui selepas musim panas. 

Ada beberapa nama yang dikenalpasti untuk mengisi senarai pelumba 2022 Yamaha seperti Raul Fernandez (Moto2), Garrett Gerloff (WSBK) dan pelumba veteran MotoGP iaitu Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Kami sengaja tidak memasukkan satu pilihan yang jelas, namun tidak mungkin iaitu Jonathan Rea. 

Dianggap sebagai pelumba hebat dan sayang tidak mencuba di MotoGP. Sky Sports Italia melaporkan Yamaha memetik nama Rea namun masih belum ada kepastian sudah termeterai perjanjian tawaran rasmi atau tidak.

Peluang untuk melihat Rea melompat dari WSBK ke MotoGP merupakan momen yang menarik. Pelumba berusia 34 tahun itu masih ada beberapa tahun sebelum memutuskan untuk pencen.

Pelumba itu menyatakan masa untuk dia menyertai MotoGP sudah berlalu bahkan dia sendiri menjelaskan hanya akan meninggalkan Kawasaki di tempat dia akan lebih cemerlang, dibayar dengan gaji besar dan mempunyai status yang sama dengan pengarah pengurusan syarikat pada dasarnya – untuk perjalanan MotoGP yang setanding.

“Kalau usia dah 34 tahun, aku tak rasa ada peluang nak masuk MotoGP. Lebih baik kekal di SBK.”

Walaupun Petronas SRT merupakan pasukan satelit (persendirian), ia adalah pasukan yang dibiayai dan disusun dengan baik serta berupaya untuk memenangi perlumbaan- enam dari 14 perlumbaan pada tahun 2020 yang bermaksud jentera yang digunakan pasukan itu setanding seperti diharapkan oleh Rea.

Dengan lebih dari 100 kemenangan di perlumbaan WSBK, Rea sudah mencapai semuanya  dan dia nampaknya puas untuk terus melakar pencapaian tersebut.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here