Yamaha bukan sahaja hasil ‘Y-Suku’, tapi pernah bina kereta coupe paling canggih era 1960-an

1573

Dalam dunia automotif, kerjasama atau pertukaran teknologi antara jenama sebenarnya sudah dipraktikkan.

Mungkin selepas perang dunia kedua, pengeluar automotif ketika itu sedang berlumba-lumba menghasilkan kenderaan yang lebih bagus serta mampu dimiliki.

Seperti yang kita tahu ketika ini, Yamaha adalah satu daripada syarikat pengeluar jentera dua roda terkemuka dunia dan pada masa sama, mereka turut terbabit dengan perniagaan lain seperti bidang muzik dan marin.

Namun tahukah anda, sebenarnya Yamaha pernah menjalani kerjasama dengan Toyota untuk menghasilkan model coupe grand tourer menerusi model Toyota 2000GT?

Kenderaan dua tempat duduk dengan enjin depan pacuan belakang (FR) itu adalah menjadi revolusi dalam industri automotif di Jepun.

Perjanjian untuk bekerjasama dalam teknologi untuk pengeluaran kereta sport antara Toyota dan Yamaha bermula pada 8 September 1965. Bagaimanapun, pada bulan Disember tahun sebelumnya, projek pembangunan bersama sudah pun bermula untuk Toyota 2000GT.

Jom Baca:   Toyota Raize (Perodua Ativa) kini ditawarkan dengan 1.2-liter NA untuk Indonesia, siap dengan manual 5-kelajuan

Toyota mengendalikan keseluruhan susun atur dan reka bentuk untuk kereta, bersama-sama dengan parameter asas, manakala Yamaha, di bawah arahan Toyota, bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi enjin, selain perincian bagi reka bentuk badan serta casis.

Rata-rata umur pasukan pembangunan yang terbabit adalah sekitar 30-an dan boleh dianggap masih muda. Walaupun meminati bidang kereta, tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkannya.

 

Biarpun begitu, pembangunan itu diteruskan dengan bertujuan untuk mempamerkan kereta berkenaan di Tokyo Motor Show pada Oktober 1965. Kira-kira sebulan selepas perjanjian itu dilakukan.

Dalam menghasilkannya, jentera itu menggunakan enjin enam silinder sebaris bersesaran 2,000cc yang ditukar kepada sistem DOHC dalam usaha untuk meningkatkan outputnya. Enjin itu sebenarnya turut digunakan pada model Toyopet Crown, iaitu model sedan untuk pasaran Jepun sebelum ditukar kepada nama Toyota.

Pembaharuan lain turut dilakukan dengan penutup kepala silinder diberi kemasan hitam matte berkerut. Ini kerana kebiasaan kenderaan Jepun pada ketika itu, menggunakan ciri reka bentuk yang biasa terutama pada enjin motosikal dan kereta.

Jom Baca:   Pemilik mahu jual Toyota Trueno AE85 pada harga RM168k, mahal?

Pada mula pembangunannya juga, ia membabitkan reka bentuk badan dan prototaip. Berdasarkan rekaan asas Toyota, pasukan itu melakukan lakaran gambar rajah penuh dan menghasilkan tiang kayu untuk menggantikan logam.

Apa yang Yamaha lakukan boleh dilihat pada bonet dan but selepas menggunakan teknik pencetakan FRP (Fibre-reinforced plastic) yang digunakan dalam pembinaan bot. Bagi bumbung, dapra, pintu dan komponen lain, prototaip itu dihasilkan oleh pertukangan mahir yang diperbuat daripada kepingan logam.

Komponen ruang dalaman pula seperti roda stereng, tombol gear dan papan pemuka diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun teknologi termaju digunakan bagi memastikan komponen yang diperbuat daripada kayu itu tidak pecah atau retak sekiranya terdedah terutama pada musim panas.

Jom Baca:   Yamaha MT-15 Limited Edition diperkenalkan di Bangkok Motor Show 2020

Bagi memastikan ia tidak retak, pasukan berkenaan menggunakan teknik kerja kayu yang dibangunkan dalam perniagaan alat muzik Yamaha. Teknologi termaju lain turut digunakan dalam bahagian lain termasuk padanan roda cakera magnesium dan cat semburan dengan tangan.

Akhirnya prototaip Toyota 2000GT berjaya disiapkan dan dipertontonkan di Tokyo Motor Show pada tahun 1965. Ketika itu jentera berkenaan menjadi kenderaan paling canggih pada masa berkenaan.

Selepas itu, pengeluaran 2000GT sebagai kereta komersial bermula di Kilang Iwata baharu, di mana pembinaan fasa pertama sudah siap. Bagaimanapun, terdapat sikit perbezaan berbanding jentera pengeluaran sebenar dengan model prototaip. Apa yang uniknya, proses pemasangan setiap kereta masih menggunakan dengan tangan, biarpun jentera itu dilakukan pengeluaran secara besar-besaran.

Selepas setahun diperkenalkan pada Tokyo Motor Show, akhirnya 2000GT bersedia untuk pasaran buat kali pertama pada Februari 1967 selepas beberapa masalah diselesaikan dengan segera.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here