BSH bakal lancar Honda ADV350 suku kedua tahun ini?

1780

Tahun ini pasaran tempatan semakin rancak dengan kemunculan skuter maksi. Selepas pelancaran Kymco AK550, khabarnya satu lagi model bakal meluncur.

Skuter yang kami maksudkan adalah Honda ADV350. Hasil risikan Motoqar, skuter maksi tersebut bakal dilancarkan suku kedua tahun ini.



Boon Siew Honda (BSH) bakal membawa masuk versi import (CBU) dari Jepun dan tanda harga ADV350 dianggarkan sekitar RM30,000. 

Skuter yang diperkenalkan pada EICMA (2021) tersebut menggunakan enjin 330cc penyejukan cecair SOHC silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 28.83hp @ 7,500rpm dan tork 31.5Nm @ 5,250rpm.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi USD 37mm (depan) dan suspensi belakang berkembar bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.

Skuter dengan berat 186kg tersebut didatangkan dengan tangki minyak bersaiz 11.7 liter yang menawarkan jarak tunggangan sejauh 340km.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah Honda Selectable Torque Control (HSTC), lampu LED, panel meter digital LCD, visor dengan dua tahap pelarasan, kunci pintar, soket pengecas Type-C dan ruangan simpanan 48 liter di bawah pelana.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here