[Video] Isteri mengidam naik lori pasar, selepas dua minggu baru dapat tunaikan…

1564

Mengidam ibu mengandung kadang kala di luar jangkaan, ada yang teringin bau jalan tar, ada yang mahukan sebuah supercar dan terkini tular pula kisah   seorang suami tunaikan hasrat isteri yang ingin melihat sebuah lori. 

Lebih spesifik, wanita yang dipanggil sebagai Deqna itu mengidam untuk menyentuh lori pasir. Alahai, macam-macam ragam ibu mengandung. 



Menerusi video yang di muat naik akaun Tiktok @Deqna997, suaminya membawa melihat lori pasir berkenaan lebih dekat. Kemudian isteri menyentuh beberapa bahagian lori tersebut antaranya tayar mungkin ingin melepaskan rasa teringin. 

“Dia kata dia mengidam nak pegang lori pasir ni, nak buat apa tak tau, mengidam yang bukan-bukan, lori pasir yang dia nak pegang..hei sayang-sayang,” kata suaminya.

Pada masa sama, terpancar rasa gembira wanita itu apabila dapat menyentuh dan merasai pengalaman menaiki lori tersebut selepas dikatakan sudah dua minggu mengidam sebelum ditunaikan suaminya.

@deqna997

Ade ibu2 preggy mcm kita tak🤣 sian suami nk kne tunaikan klw boleh nk naik tpi tuan lori xde nampak🤣#ibuhamil #nikahpkp3 #ngidam #beranda

♬ Bilang Pa Mama Mantu – Nusantarahouse

Difahamkan, suaminya juga mempunyai sebuah lori namun sedikit kecil manakala ayahnya pula memiliki sebuah lori tunda. Mujur suaminya dapat menunaikan permintaan tersebut, apabila terserempak dengan lori berkenaan di sebuah stesen minyak di Sungai Buloh. 

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman mengidam benda pelik antaranya:

“Sama la..pernah ngidam nak naik lori kilang abah..alhamdulillah tertunai juga naik lori kilang pergi senai.

“Hahaha sama macam saya kak tapi saya tak dapat naik, saya ngidam nak naik bot org bawak pergi mancing kat laut tu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here