Minta dikebumikan bersama trak pikap kesayangan untuk kegunaan akhirat….

1339

Jarang sekali si mati meninggalkan wasiat mahupun pesanan supaya menguburkan dirinya bersama harta peninggalan.

Bagaimanapun, dek terlalu sayangkan trak pikapnya, seorang lelaki dari Mexico ini meminta dikebumikan bersama keretanya. 



Mendiang bernama Don Adan Arana dari Puerto San Carlos di Baja California Sur membuat permintaan terakhir tersebut sebelum meninggal.

Difahamkan lelaki tersebut bertarung dengan penyakit tidak dapat dirawat dan membuat permintaan itu kerana mahu menggunakannya di akhirat. Pihak keluarganya menunaikan permintaan mendiang dengan meletakkan keranda di bahagian kargo trak pikap itu.

Disebabkan saiz trak pikap yang besar, mereka terpaksa membina dinding batu simen  sebelum memasukkan kenderaan tersebut. 

 

Menurut akhbar Mexico, El Universal, Ketua Penduduk, Francisco Tovar memaklumkan keluarga Don Adan Arana boleh dikenakan denda dalam jumlah besar kerana kegagalan memohon kebenaran melakukan pengebumian luar biasa.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here