[Video] Mitsubishi Pajero hanyut ketika cuba seberang sungai

1711

Kenderaan 4×4 dibangunkan untuk aktiviti lasak dan outdoor. Bagaimanapun tidak bermakna semua model off road itu sesuai digunakan untuk merentasi pelbagai halangan sukar.

Misalnya yang berlaku pada Mitsubishi Pajero ini yang cuba menyeberangi arus deras sungai. Sebelum cuba menyeberangi laluan berair seharusnya pemandu memastikan keadaan laluan seperti kedalaman dan situasi arus air. 



Jika tidak, anda akan mengalami nasib sama seperti SUV berkenaan yang hanyut dibawa arus deras. 

Kejadian yang berlaku di Republik Dominican itu menunjukkan Mitsubishi Montero atau Pajero itu cuba menyeberangi sungai namun keadaan menjadi lebih buruk apabila dibawa arus sungai dan hanyut beberapa meter. 

Boleh dilihat SUV berkenaan juga hampir tenggelam dan penduduk yang berada di sekitar hanya mampu melihat. Tidak dapat dipastikan mengapa penumpang berkenaan tidak cuba keluar dari kenderaan.

Keadaan penumpang juga tidak diketahui kerana di akhir video hanya menunjukkan kereta tersebut tersekat di satu kawasan setelah hanyut beberapa meter. 

Mitsubishi Montero dalam video berkenaan merupakan generasi ketiga yang dikeluarkan antara 1999 dan 2006. Difahamkan SUV tersebut mampu meredah kedalaman air sekitar 600mm sedangkan kedalaman sungai tersebut melebihi daripada yang dicadangkan pengeluar.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here