Hyundai Palisade masuk ke pasaran Malaysia bulan ini, kini dibuka untuk tempahan

848

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal melancarkan model Hyundai Palisade pada bulan ini, yang merupakan SUV saiz penuh pertama di Malaysia hadir dalam konfigurasi tujuh dan lapan tempat duduk.

Palisade bakal menawarkan dengan ruang cukup luas untuk tempat duduk baris kedua, ketiga dan kargo. Pelanggan yang berminat, kini boleh membuat tempahan sama ada secara dalam talian atau berkunjung di mana-mana pusat pamerannya seluruh negara.



SUV tersebut hadir sebagai model CBU dari kilang Hyundai Motor Group di Ulsan, Korea, bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol dan diesel, namun kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan empat roda HTRAC.

Versi petrol dilengkapi enjin 3.8-liter Dual CVVT V6 yang menghasilkan 295PS dan tork 355Nm. Manakala versi diesel pula dikuasakan oleh R2.2 CRDi empat silinder dengan 200PS dan tork 440Nm.

Untuk ruangan kabin, ia menampilkan kemasan yang mewah dengan upholsteri kulit premium Nappa, trim kayu pada papan pemuka dan bumbung kaca panoramik pada bahagian belakang.

Ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada model ini adalah corong pendingin hawa pada bumbung, outlet USB pada setiap barisan tempat duduk dan sistem bantuan pemandu Hyundai SmartSense dan ciri One-Touch yang memudahkan penumpang barisan tempat duduk ketiga keluar dan masuk.

Bagaimanapun, berdasarkan laman rasmi Hyundai, syarikat itu masih merahsiakan harga bagi model Palisade dan harga akan diumumkan kemudian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here