Berhenti beli yogurt, pemandu dan pembantu kereta api digantung tugas

1271

Seorang pemandu dan pembantu kereta api digantung tugas akibat memberhentikan kereta api untuk membeli yogurt berhampiran stesen kereta api di Lahore, Pakistan.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, menunjukkan pemandu tersebut memberhentikan kereta api berhampiran stesen kereta api Kahna Kacha. Kemudiannya,  dia mengarahkan pembantunya untuk membelikan yogurt.



Tindakan pemandu tersebut mendapat kritikan hebat Kementerian Kereta Api Pakistan yang menganggap tindakan tersebut akan menimbulkan masalah keselamatan penumpang yang boleh menyebabkan kejadian tidak diingin berlaku.

“Ketika kamu menghentikan kereta di tengah (landasan), itu akan menimbulkan masalah keselamatan.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Jadi kita tidak boleh bertoleransi dengan apa pun yang mendatangkan bahaya,” jurucakap Kementerian Kereta Api Pakistan, Syed Ijaz-ul-Hassan Shah.

Bagaimanapun, pentadbiran kereta api di Lahore telah diarahkan oleh kementerian untuk menggantung pemandu Rana Mohammad Shehzad dan pembantunya Iftikhar Hussain.

Selain itu, Menteri Kereta Api Pakistan, Azam Khan Swati turut memberi amaran, beliau tidak akan bertoleransi dan tidak akan membenarkan siapa pun menyalahgunakan aset negara untuk kepentingan peribadi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here