Yamaha NMAX 2022 edisi Spiderman – ‘Korang dah tengok filem terbaru tu ker?’

1930

Sempena tayangan terbaru filem superhero SpiderMan: No Way Home, Yamaha memperkenalkan model skuter istimewa Yamaha NMAX 160 Spider-Man Edition 2022 secara edisi terhad.

Edisi Khas Yamaha NMAX 160 2022 itu ditawarkan di pasaran Brazil hasil kerjasama Yamaha bersama Marvel. Namun spesifikasi teknikal kekal sama, yang hadir dengan kapasiti penuh tangki bahan apinya ialah 7.1 liter, dan mempunyai berat hanya 131 kg (wet weight).



Dari segi luaran NMAX 160 Spider-Man Edition mempunyai penampilan yang menyerlah, apabila ianya menggabungkan beberapa warna untuk disesuaikan dengan tema warna Spider-Man, termasuk paparan grafik Limited Edition, labah-labah dan logo Avengers.

Ia masih menggunakan enjin bersesaran 155cc (Single Cylinder, Liquid-Cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) dengan teknologi VVA dan sistem transmisi automatik CVT, yang menghasilkan kuasa maksimum 15.4PS dengan tork maksimum 13.9Nm.

Selain itu, pelbagai ciri-ciri menarik yang ditawarkan antaranya ialah sistem Stop & Start, brek ABS Dual Channel, soket pengecas 12V, sistem lampu LED, panel meter digital LCD dan ruang yang luas di bawah tempat duduk.

Harga NMAX 160 Spider-Man Edition yang ditawarkan di pasaran Brazil adalah sekitar BRL 16,490.00 (RM 12,270.40.).

GALERI

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here