Lain dirakam lain terjadi, Spiderman tergamam lihat aksi ‘wheelie’ cium jalan

6619

Menerusi satu perkongsian video dari pengguna di Facebook Ridho Santana Amin, menyiarkan seorang penunggang motosikal terbabas ketika melakukan aksi wheelie.

Difahamkan video berdurasi 26 saat itu, dirakam secara spontan untuk merakam seorang penjual jalanan yang memakai kostum spiderman di sebuah persimpangan lampu isyarat di Jalan Bangi Lama, Selangor.



Namun, secara tiba-tiba seorang penunggang sebuah motosikal EX5 terjatuh dan tertiarap selepas melakukan aksi wheelie di persimpangan lampu isyarat tersebut. Malah lebih membahayakan, penunggang motosikal tersebut tidak memakai topi keledar.

Bagaimanapun selepas kemalangan, penunggang tersebut dilihat terus bangun berdiri dan menunggang semula motosikalnya sebelum meneruskan perjalanan. Berdasarkan apa yang dilihat lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan teruk.

Kejadian berlaku begitu pantas, menyebabkan semua tergamam termasuk penjual jalanan yang memakai kostum spiderman yang berdekatan kejadian hanya mampu kaku berdiri melihat kemalangan tersebut.

Tindakan penunggang motosikal tersebut mengundang tawa orang ramai, malah tidak terlepas juga yang mengecam tindakan yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here