Utama Berita Automotif TVS kini tawarkan Raider edisi Doctor Doom, prestasi tidak sejahat yang disangka

TVS kini tawarkan Raider edisi Doctor Doom, prestasi tidak sejahat yang disangka

5

Selepas empat motosikal bertemakan adiwira Iron Man, Black Panther, Deadpool dan Wolverine, TVS terus meluaskan kerjasama dengan Marvel dengan pengenalan Raider Doctor Doom Edition. 

Ia merupakan model edisi kelima yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Julai yang lalu. 

Menariknya, iklan pelancaran tersebut tidak diumumkan menerusi hantaran di media sosial.

Sebaliknya, ia ditayangkan sejurus selepas adegan pasca-kredit filem Spider-Man: Brand New Day – tradisi Marvel sejak bertahun-tahun yang membuatkan penonton setia menunggu hingga hujung kredit. 

Ia ternyata merupakan satu kejutan kerana jarang sekali motosikal dilancarkan sebagai sebahagian daripada tayangan filem.

Raider Doctor Doom Edition ini membawakan tema warna Spectral Green yang boleh berubah mengikut cahaya menggunakan teknik multi-tone travel finish. 
 
Sudah pasti ia sukar ditemui dalam segmen harga sebegini kerana proses yang lebih rumit berbanding warna biasa. 
 

Raider Doctor Doom Edition masih menggunakan enjin satu silinder 124.8 cc sejukan udara & minyak menghasilkan 11.4 hp dan tork 11.7 Nm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi 5-kelajuan.

Antara kelengkapan standard TVS Raider 125 ini termasuklah:
  • skrin paparan LCD berlatar gelap
  • sambungan Bluetooth
  • lampu depan & belakang LED
  • sistem IGO Assist untuk respons pendikit lebih lancar
  • brek cakera berkembar dengan ABS roda depan

TVS Raider Doctor Doom Edition dijual pada harga 95,320 rupee (RM4,100), sedikit mahal berbanding harga standard 85,887 rupee (RM3,694). 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here