TVS lancar Raider 125 bertemakan hero Marvel Deadpool, Wolverine di India

7

Ini merupakan berita baik buat para peminat hero Marvel.

TVS Motor Company memperkenalkan model Raider 125 edisi istimewa Super Squad Edition (SSE), kali ini bertemakan hero kegemaran iaitu Deadpool dan Wolverine.

Sayang sekali, kedua-dua motosikal edisi khas ini hanya terhad untuk pasaran India sahaja buat masa ini.

Raider SSE ini dikuasakan oleh enjin 124.8 cc menghasilkan 11.1 hp pada 7,500 rpm dan daya kilas 11.7 Nm pada 6,000 rpm.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi iGO Assist untuk pecutan yang dipertingkatkan, serta Glide Through Technology (GTT) untuk tahap kecekapan bahan api yang lebih baik.

Antara ciri lain termasuklah skrin kluster LCD, suspensi fork teleskopik di depan serta penyerap hentak berkembar di belakang.

Ini bukanlah kali pertama TVS menawarkan motosikal bertemakan super hero.

Kira-kira dua tahun lepas, TVS melancarkan model Raider SSE dengan membawakan liveri Black Panther dan Iron Man.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here