TVS Apache RR 310 (2025) dikemas kini

48

TVS Motor Company mengemas kini penawaran bagi model sportsbike Apache RR310 untuk model tahun 2025.

Jentera yang dibangunkan bersama BMW Motorrad ini masih lagi kekal dengan enjin silinder tunggal 312 cc menghasilkan 38 hp dan 29 Nm, dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan.

Terdapat juga ciri klac slip/assist disertakan, diikuti dengan fungsi penukaran gear pantas dua arah untuk tunggangan yang lebih menyeronokkan.

Antara ciri baharu yang dimuatkan termasuklah kawalan cengkaman di selekoh (cornering drag torque control, RT-DSC), fungsi launch control dan komputer perlumbaan yang boleh disesuaikan dengan pelbagai bahasa.

Selain daripada itu, RR310 (2025) turut mendapat set rim aloi baharu 8 jejari, lampu membelok sekuential LED dan skrin paparan TFT yang telah ditambah baik.

Di pasaran India, RR310 dijual pada harga bermula dari Rs 2.78 lakh (RM14,374) untuk versi tanpa quickshifter, dan sehingga Rs 2.95 lakh (RM15,523) untuk versi yang dilengkapi quickshifter.

Pembeli juga boleh memilih warna Sepang Blue menerusi pakej Race Replica Colour yang mirip jentera lumba TVS digunakan dalam siri Asia One Make Championship.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here