
Susulan kenyataan di media sosial, penganjur Himpunan RXZ Members 7.0 menafikan tuduhan bahawa program mereka tidak pernah mendapat sumbangan kerajaan negeri Terengganu.
Pihak penganjur menegaskan program tersebut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan Terengganu.
“Sokongan kerajaan negeri tetap ada sama ada melalui kewangan, kemudahan, khidmat nasihat, mahupun kerjasama secara tidak langsung.

“Kami sangat menghargai jasa baik ini kerana tanpa sokongan tersebut, sukar untuk RXZ Members menjadi acara besar yang dinanti saban tahun,” jelasnya.
Jelasnya lagi, himpunan itu bukanlah medan politik tetapi bagi meraikan minat dan hobi menerusi program yang santai.
“Kami dari pihak penganjur, amat menghargai sokongan rakyat Terengganu yang sentiasa bersama RXZ Members sejak edisi pertama hingga kini.
“Salam kemaafan daripada kami seluruh pengurusan RXZ Members Official,” menurut kenyataan itu.