Mercedes dilapor mahu guna enjin BMW

6

Mercedes-Benz dilaporkan mahu menggunakan enjin empat silinder buatan pesaing rapatnya BMW untuk beberapa model kenderaannya.

Menurut laporan Autocar, perbincangan antara kedua-dua pengeluar Jerman itu sudah pun masuk peringkat lanjut, di mana satu pengumuman akan dibuat secara rasmi sebelum tahun 2025 berakhir.

Enjin BMW itu akan digunakan untuk pelbagai model Mercedes termasuklah GLA-Class dan GLB-Class sehinggalah kepada sedan seperti CLA-Class dan C-Class.

Malah, beberapa SUV dan sedan saiz besar juga dilapor akan menggunakan enjin buatan BMW seperti E-Class, GLC-Class, serta model G-wagen kecil.

Dengan cara ini, Mercedes dapat memastikan model baharunya memenuhi piawaian emisi Euro 7 dan dalam masa yang sama menjimatkan kos pembangunan.

Langkah terbaharu ini muncul selepas perancangan Mercedes di dalam segmen EV tidak membuahkan hasil yang sepatutnya.

Malah di Amerika Syarikat, enam model elektrik jenama tersebut mengalami penurunan yang mendadak sepanjang tempoh tahun 2024.

Keadaan ini memaksa Mercedes-Benz untuk menutup sementara tempahan bagi model EQE sedan, EQE SUV, EQS sedan serta EQS SUV di pasaran tersebut dalam masa terdekat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here