Pemandu lori ambil alih Ottawa Kanada, protes perlu divaksin sebelum rentas sempadan negara

756

Protes dalam pemandu lori dan treler di Kanada menjadi semakin tidak terkawal.

Demonstrasi besar-besaran itu bermula susulan bantahan kumpulan pemandu treler yang wajib mendapatkan suntikan vaksin sebelum melintasi sempadan Kanada-Amerika Syarikat.



Mereka bertindak meletakkan lori dan treler di tengah jalan-jalan raya dan mendirikan khemah serta pondok sebagai tanda protes sehingga menyebabkan Ottawa lumpuh dan menimbulkan kemarahan ramai warga kota.

Kejadian tersebut menyebabkan Datuk Bandar Ottawa, Jim Watson terpaksa mengumumkan perintah darurat berikutan demonstrasi tersebut mendatangkan bahaya serius dan mengancam keselamatan warga kota. 

Watson menyifatkan situasi di Ottawa sebagai tidak terkawal dan bilangan penunjuk perasaan kini jauh lebih ramai daripada bilangan anggota polis yang ada di bandar raya itu.

“Jelas kita kalah dalam pertarungan ini kerana bilangan mereka (penunjuk perasaan) jauh lebih ramai. Ini perlu diubah. Kita  perlu  mendapatkan semula bandar kita,” katanya.

Selain itu, beliau menyifatkan pemandu lori dan treler itu tidak sensitif kerana berterusan membunyikan hon dan membakar bunga api.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here