Tiga kali berhentikan motor di Jambatan Pulau Pinang

1722

Penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan Jambatan Pulau Pinang, susulan hujan dan angin kencang yang berlaku petang tadi.

Menerusi dua video yang tular menunjukkan barisan penunggang motor yang panjang berhenti di tepi jalan dan keadaan laut yang bergelora. 



Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, mengesahkan kejadian menerusi video tular itu.

“Angin kencang menyukarkan penunggang motosikal dan bagi keselamatan, mereka terpaksa berhenti di bahu jalan,” katanya.

Pengguna Facebook, Siti Safiyah turut berkongsi pengalamannya dalam kejadian itu.

“Tiga kali saya memberhentikan motosikal di atas jambatan kerana tidak mampu bergerak selepas ditolak angin kencang,” katanya.

Terdahulu, Boon Poh turut mengesahkan menerima maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terdapat hampir 20 laporan mengenai kejadian pokok tumbang dan kerosakan struktur susulan hujan dan angin kencang.

Antara lokasi itu di Air Itam, Bayan Baru, Lintang Pangkor, Jalan zainal Abidin, Jalan Sungai dan Jalan Masjid Negeri di sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here