Modenas kini pengedar eksklusif Kawasaki di Malaysia

2744

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi motosikal nasional, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini pengedar eksklusif baharu Kawasaki di Malaysia, berikutan tamatnya tempoh selama enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd.

Tempoh peralihan ini berakhir pada 31 Mac 2022, di mana EMOS memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikalnya, Kawasaki Motors, Ltd. (KMC) untuk memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak yang mungkin.

KMC kini memiliki 30 peratus ekuiti dalam MODENAS bersama DRB-HICOM Berhad sebagai pemegang saham majoriti syarikat motosikal nasional itu.



Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, pemilik motosikal Kawasaki tidak perlu bimbang kerana di bawah pengurusan baharu, tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan.

“Rancangan kami termasuk juga untuk memperluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki untuk peminatnya yang pasti akan memberikan gaya hidup untuk rakyat Malaysia.

“Selain itu, Modenas bakal memperkenalkan model terbaharu Kawasaki dan melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasaki yang baharu secara berperingkat. Oleh itu, nantikan pengumuman dari kami nanti”, katanya.

Kawasaki Ninja ZX-6R
Kawasaki Ninja ZX-6R

Modenas dan Kawasaki mempunyai sejarah yang panjang bersama. Ianya bermula semenjak koloborasi mereka dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss pertama pada tahun 1996.

Bertitik tolak dari situ, Modenas terus mengumpul pengikut setia dari seluruh negara mahu pun di pasaran antarabangsa.

Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya bukan sahaja akan menjual motosikal Kawasaki, tetapi juga akan mengedarkan alat ganti dan aksesori di Malaysia.

Selain itu, EMOS bakal menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil semula.

Kawasaki Ninja ZX25R Inline Four

Seterusnya bagi semua jualan motosikal Kawasaki, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh dirujuk kepada pengedar sah Kawasaki terpilih seperti  senarai di bawah.

Ini senarai pusat pengedar Kawasaki di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here