Penumpang kongsi detik cemas insiden pesawat MAS ke Tawau berpatah balik

1285

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau berpatah balik kerana isu teknikal.

Menurut perkongsian salah seorang penumpang, pesawat tiba-tiba menjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam tempoh beberapa saat.



Sebelum kejadian, penumpang sudah dibenarkan menanggalkan tali pinggang. Disebabkan kejadian berkenaan berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan dia melambung dari tempat duduk. 

Situasi luar dugaan itu juga menyebabkan keadaan dalam pesawat bertukar panik sehinggakan ada antara penumpanag menjerit dan menangis. 

Selepas insiden tersebut, Malaysia Airlines memuat naik kenyataan menerusi ciapan Twitter rasminya pada hari Selasa.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April lalu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

“Keselamatan anak kapal dan penumpang kami tetap menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pada jam 5.03 petang Isnin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here