Proton Saga terpakai cuma RM700 di Britain

1603

Sebelum ini tular di media sosial sebuah Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition (1989) dinobatkan sebagai juara acara tahunan Festival of the Unexceptional (2021) di Lincolnshire, Britain.

Kemudian baru-baru ini sedan nasional itu dipamerkan di sebuah kelab eksklusif di tengah kota London. 



Seorang individu berkongsi pengalaman ketika belajar di sebuah universiti di Sheffield, England yang mana dia hanya mampu membeli kereta Saga pada harga murah. 

“Inilah kereta pertama aku beli dengan duit gaji sendiri sebagai cleaner (tukang cuci) semasa belajar di sana. Harganya memang anda akan senyum kalau dengar iaitu cuma pound sterling 100 sahaja.

“Waktu itu, kalau convert (tukar) duit Malaysia lebih kurang RM700. Masa itu kereta apa boleh dapat di Malaysia dengan harga ini,” katanya yang pemilik akaun bernama Usin Lempoyang.

Menjelas lanjut, penulis tersebut mendakwa sudah beberapa kali dikenakan saman trafik selain notis amaran oleh polis di Britain sepanjang memiliki kereta lama tersebut.

“Ironi, semasa di Malaysia, aku ada berangan hendak memakai kereta Continental orang putih, namun apabila sampai sana, aku boleh beli Proton Saga pula,” katanya. 

Sedangkan harga kereta Ford Mondeo atau BMW E36 di Britain masih rendah lebih kurang sama sahaja seperti kos bagi sebuah kereta terpakai.

Penulis juga menyifatkan kereta itu banyak kenangan dan sebelum pulang ke tanah air dia menyerahkan Proton Saga itu kepada pelajar baharu yang lebih memerlukan.

Bagaimanapun, dia tidak pasti apakah yang terjadi ke atas kereta berwarna merah itu setelah pulang ke Malaysia tetapi berharap supaya keadaannya masih lagi baik. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here