Thailand bakal lupus kereta berusia lebih 20 tahun

1281

Kerajaan Thailand akan melupuskan kenderaan lama yang berusia lebih 20 tahun secara berperingkat. Berikut adalah ikrar Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, sehingga 31 Januari 2022 sebanyak 5,033,307 kenderaan berdaftar berusia lebih 20 tahun berada di atas jalan raya.



Angka itu dijangka meningkat kepada 16 juta dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada tindakan kitar semula diambil. Selain itu,Thailand menggunakan kira-kira 19 juta tan keluli, termasuk 12 juta tan diimport dan tujuh juta tan pengeluaran dalam negara buat masa ini.

“Perdana Menteri menyuarakan kebimbangan mengenai Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) di jalan raya. Justeru, beliau mahu agensi berkaitan berganding bahu melaksanakan usaha kitar semula untuk melupuskan kenderaan lama bagi mengurangkan pencemaran.

“ELV mesti dikitar semula dengan betul bagi memastikan ia boleh digunakan semula dalam industri untuk membantu negara mengurangkan import keluli. Keluli mewakili sehingga 69 peratus dalam setiap struktur kenderaan lama,” kata jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana 

Thanakorn berkata Kementerian Perindustrian menandatangani memorandum persefahaman dengan Pihak Berkuasa Estet Perindustrian Thailand dan agensi berkaitan dari Jepun untuk melaksanakan projek perintis kitar semula ELV.

Projek itu bertujuan melupuskan dan mengitar semula kenderaan usang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here