China rancang bina kereta api kelajuan tinggi, mampu lancar senjata nuklear

1171

Negara tembok besar, China dilaporkan sedang merancang pembinaan ‘kereta api kiamat’ kelajuan tinggi yang mampu melancarkan senjata nuklear termaju.

Kereta api itu dikatakan boleh bergerak pantas secara domestik dan dilengkapi peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) untuk mengelak dikesan musuh.



Selain itu, ia dikatakan mungkin boleh melancarkan peluru berpandu termasuk peledak nuklear di atas landasan yang ditambah baik untuk menyerap kejutan letupan.

Selain Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, United Kingdom, Pakistan, India, Israel dan Korea Utara, China juga merupakan salah satu daripada sembilan negara yang disahkan memiliki senjata nuklear.

Rancangan yang masih dalam peringkat pelan tindakan itu dibiayai pemerintah pusat China dan diketuai oleh Profesor Madya Kejuruteraan Awam, Yin Zhong, bersama dengan Universiti Jiaotong Southwest di Chengdu.

Kajian semakan yang diterbitkan baru-baru ini dalam Journal of Southwest Jiaotong University mendedahkan mengenai kebaikan dan keburukan rancangan itu.

“Berbanding kereta api jarak jauh, kereta api berkelajuan tinggi ini bergerak dengan lebih pantas dan lancar. Ini bermakna, ia akan dilengkapi mobiliti, keselamatan dan penyembunyian kenderaan tentera yang lebih besar,’’ kata penyelidik kajian. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here