KD Lekir cipta sejarah tembak peluru berpandu luar perairan Malaysia

1268

Kapal Diraja (KD) Lekir bakal mencipta sejarah apabila menjadi kapal perang pertama negara melakukan penembakan peluru berpandu di luar perairan Malaysia.

Tembakan peluru berpandu jenis Exocet MM40 itu bakal dilakukan ketika menyertai Eksesais Lingkaran Pasifik (RIMPAC) 2022 yang akan berlangsung di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat, pada 29 Jun hingga 4 Ogos depan.

Sumber Foto: Utusan

Pegawai Memerintah KD Lekir, Komander Mohd Asri Dasman berkata, penghormatan diberi peluang melakukan penembakan peluru berpandu dalam eksesais pelbagai hala maritim terbesar di dunia itu adalah detik bersejarah bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).



“Memang berat tugasan KD Lekir kali ini kerana selain perlu bertahan 99 hari belayar di laut, kita juga perlu melakukan penembakan peluru berpandu tanpa bantuan pihak lain.

“Semua 140 kru kapal sudah bersedia sejak tahun lalu dan menyertai beberapa siri latihan dan eksesais dengan kapal TLDM serta bersama tentera laut Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat sebelum ini,” katanya. 

KD Lekir yang berlepas hari ini dijangka kembali ke Pangkalan TLDM Lumut pada 6 September depan dan merupakan kapal TLDM kedua menyertai eksesais RIMPAC selepas KD Lekiu menjadi kapal perang pertama menyertainya pada 2018.

RIMPAC 2022 merupakan eksesais maritim terbesar di dunia yang mengumpulkan pasukan tentera laut dari 29 negara melibatkan kira-kira 41 buah kapal perang, lima kapal selam, 11 angkatan tentera darat, dua pesawat ronda maritim, 150 pesawat pejuang dan helikopter serta 25,000 anggota.

Eksesais tersebut dimulakan sejak 1971 secara dwitahunan di Lautan Pasifik iaitu kira-kira 12,275km dari Pangkalan TLDM Lumut.

KD Lekir akan mengambil masa kira-kira 100 hari untuk pelayaran terulung itu sekali gus menguji kesiagaan, ketahanan dan profesionalisme pegawai dan anggota beroperasi di dalam ketumbukan pelbagai negara.

Katanya, eksesais itu juga bakal menguji kesiapsiagaan KD Lekir dalam melaksanakan penembakan peluru berpandu di perairan antarabangsa yang jauh dari tanah air selain dipilih untuk menyertai ‘Carrier Strike Group’ bersama-sama kapal pembinasa dari Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here