Tunjuk pistol mainan RM2.40, suspek ada rekod jenayah

963

Tindakan seorang lelaki menunjukkan pistol mainan ketika berada dalam kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya yang tular di media sosial ditahan pihak berkuasa. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu jam 7.03 malam, Ahad lalu.



“Berdasarkan laporan diterima lelaki berusia 28 tahun dikatakan sedang memandu kereta Proton Wira mengeluarkan pistol dari tingkap kenderaan dan menghalakan senjata api itu ke atas.

“Perbuatan itu dilihat dan dirakam seorang lelaki yang turut melalui lebuh raya sama berhampiran sebuah kompleks beli-belah di Damansara jam 6.15 petang,” katanya. 

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan lelaki terbabit di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 malam, hari sama.

“Dalam tangkapan itu, kami merampas Proton Wira dan sepucuk pistol mainan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati suspek mengaku menggunakan pistol berkenaan yang berharga RM2.40 milik anak saudaranya berusia empat tahun. Suspek mendakwa dia sedang bermain dengan anak saudaranya ketika kejadian.

“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah. Permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26 Akta Senjata 1960,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here