Pusing banyak kali tiada yang pandang, pelajar menyesal beli kereta ‘H’..

5809

Di media sosial kereta Honda ataupun digelar sebagai jenama ‘H’ sering kali dijuluki sebagai ‘modal’ untuk mencuri perhatian wanita ataupun pengguna jalan raya lain.

Bahkan, pemilik Honda juga seolah dikaitkan dengan tren ‘kemewahan’ walaupun mereka menggunakan pinjaman sehingga sembilan tahun.



Baru-baru ini seorang pengguna Facebook Azizul Azli Ahmad berkongsi sebuah tangkap layar luahan hati seorang pelajar yang kesal membeli sebuah kereta Honda.

“Bukan nak cakap apa, macam tak functionje beli City Hatchback RS ni. Saya student, masa parking dekat depan kafe hostel, tak ada siapapun pandang saya masa keluar dari kereta.

“Lepastu masuk cafe hostel tu saya keluar balik pergi ke kereta buat-buat macam ada barang tinggal, tapi samaje ramai tak pandang.

“Yang ada makcik cleanerje tu pun dia tegur suruh saya ke belakang sikit sebab ada sampah bawah kereta,” tulisnya.

Disebabkan tiada siapapun yang tertarik dengan kereta yang dibawanya itu, pelajar berkenaan berasa rugi dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000.

“Kalau macam ni gayanya baik beli Axia E spec yang tak ada radio,” katanya. 

Tidak dapat dipastikan kesahihan perkongsian tersebut bagaimanapun sebagai seorang pengguna anda perlu bijak menguruskan kewangan dan membeli kenderaan mengikut kemampuan. 

Sebagai makluman, Honda City Hatchback RS 1.5L RS dijual pada harga RM107,783 seunit. Model itu dijana oleh enjin 1.5 liter 4-silinder, DOHC i‑VTEC yang menghasilkan kuasa 106hp dan tork 253Nm.

Bagi setahun pemilikan hatchback berkenaan, pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM576 bagi kos penyelenggaraan.

Anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui pengiraan kereta yang sesuai dengan pendapatan bulanan.

Lelaki ini minta pendapat gaji RM1,300 nak beli Perodua Ativa AV…lepaske?

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here