Lelaki mabuk duduk atas bumbung Toyota Vellfire ditahan polis

1129

Lelaki yang duduk atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dipandu ketika bersiar-siar di Pulau Langkawi minggu lalu ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, pada 7 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan kumpulan rakannya adalah pelancong tempatan yang datang bercuti ke pulau berkenaan.



“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan tular rakaman video dan beberapa gambar memaparkan seorang lelaki keluar melalui bumbung kenderaan sebelum duduk di atas MPV mewah berkenaan ketika bersiar di pulau ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here