
Chery Malaysia terus memperkukuh barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan pelancaran rasmi dua model hibrid plug-in (PHEV), iaitu TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV.
Dari segi harga, ia dijual bermula:
- TIGGO 7 PHEV: RM129,800
- TIGGO 8 PHEV: RM159,800
Chery Super Hybrid (CSH)
Kedua-dua SUV ini dibangunkan di atas platform teknologi Chery Super Hybrid (CSH), menampilkan gabungan kuasa petrol dan elektrik yang menjanjikan prestasi tanpa kompromi serta kecekapan bahan api luar biasa.
Teknologi teras itu mengintegrasikan enjin ACTECO 1.5TGDi generasi kelima dengan kecekapan terma 44.5 peratus yang diiktiraf antara terbaik dunia, digandingkan dengan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang memastikan penghantaran kuasa lancar dan responsif.
Dari segi kuasa, ia kedua-dua model itu mampu menyalurkan 279PS dengan tork setinggi 365Nm yang mana disalurkan ke pacuan roda hadapan. Tahap penggunaan bahan api mencecah 5.0L/100km.
Lebih menarik, sistem berkenaan mampu memberi jarak pemanduan sehingga 1,200 km dengan satu tangki penuh berkapasiti 60 liter dan bateri dicas sepenuhnya.
Bateri LFP 18.3 kWH Tahan Lasak
Ia menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) 18.3 kWh, menyokong pengecasan pantas DC di mana dari 30 ke 80 peratus hanya 19 minit, sementara jarak pemanduan elektrik boleh mencecah 90 km.
Dari segi keselamatan, Chery melengkapkan kedua-dua model dengan sistem Guardian Battery Safety System.
Maksudnya, ia memberi perlindungan IP68 tahan habuk dan air, pemotongan kuasa voltan tinggi automatik ketika insiden serta kebolehan meredah air sedalam 500 mm. Jadi sesuai dengan keadaan jalan raya di Malaysia.
Rekaan Luaran Gaya Premium Dan Moden
TIGGO 7 PHEV menonjol dengan gril corak berlian menegak yang agresif, manakala TIGGO 8 PHEV tampil dengan wajah lebih mewah bersama logo bercahaya eksklusif di bahagian depan.
Lampu utama LED berprestasi tinggi, rim baharu yang sporty serta lampu belakang LED penuh pada model TIGGO 8 menyerlahkan identiti SUV moden ini.
Dari segi saiz, TIGGO 7 PHEV lebih kecil berbanding TIGGO 8 PHEV.
Ini dimensi utama yang anda perlu tahu:

- TIGGO 7 PHEV
Panjang: 4,553 mm
Lebar: 1,862 mm
Tinggi: 1,696 mm
Jarak Roda: 2,670 mm

- TIGGO 8 PHEV
Panjang: 4,725 mm
Lebar: 1,860 mm
Tinggi: 1,705 mm
Jarak Roda: 2,710 mm
Kabin Mewah Dan Premium
Masuk ke kabin, pengalaman pemanduan dipertingkat dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155 untuk operasi pantas dan lancar. TIGGO 7 PHEV menampilkan paparan dwi-skrin 24.6 inci.
TIGGO 8 PHEV pula hadir dengan skrin infotainmen 15.6 inci sebagai tarikan utama. Keselesaan ditambah dengan pencahayaan ambien 64 warna, tempat duduk kulit dengan pelarasan elektrik, serta sistem audio premium SONY 10-speaker khusus untuk model TIGGO 8.
Teknologi ADAS 2.0
Dari aspek keselamatan aktif, kedua-dua model dilengkapi teknologi ADAS 2.0 seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist, Rear Cross Traffic Alert, serta pelbagai sistem bantuan pemandu terkini.
TIGGO 7 turut dilengkapi Sistem Pemantauan Pemandu, manakala TIGGO 8 menawarkan Sistem Pemantauan Keletihan Pemandu, menjadikan pemanduan lebih yakin dan selamat dalam apa jua keadaan.
Waranti Sehingga 7 Tahun
Untuk pasaran Malaysia, TIGGO 7 PHEV ditawarkan dalam warna Phantom Grey, Khaki White, serta Blood Stone Red dengan bumbung hitam (tambahan RM2,000). Sementara itu, TIGGO 8 PHEV tersedia dalam Aurora Green, Khaki White, dan Carbon Black.
Kedua-duanya didatangkan dengan jaminan kenderaan 7 tahun/150,000 km, jaminan bateri dan komponen hibrid 8 tahun/160,000 km, serta servis buruh percuma selama 5 tahun (enam selang servis).
Chery turut menawarkan penukaran bateri satu-ke-satu jika tahap kesihatan bateri (SOH) jatuh di bawah 70 peratus sepanjang tempoh jaminan.
GALERI GAMBAR
CHERY TIGGO 8 PHEV
CHERY TIGGO 7 PHEV






































