Tidak penuhi spesifikasi, syarikat swasta batal beli petrol import Pertamina

8064

Sejumlah syarikat swasta telah menolak stok bahan api milik Pertamina Patra Niaga (PPN) kerana dianggap tidak memenuhi spesifikasi, terutamanya berkaitan dengan kandungan etanol 3.5 peratus.

Bagaimanapun, Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (KESM) enggan mengulas lanjut mengenai aduan tersebut dan menekankan bahawa bekalan stok bahan api Indonesia kekal terjamin.

Pada Khamis, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia, menyatakan bahawa kerajaan telah menyediakan mekanisma untuk membolehkan stesen minyak yang menghadapi kekurangan bekalan bekerjasama dengan Pertamina.

“Stok bahan api kita mencukupi untuk 18 hingga 21 hari. Sama ada RON 92, 95, 98 atau Pertalite, semuanya terjamin. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bekalan. Bagi urusan B2B (perniagaan kepada perniagaan), mereka boleh uruskan sendiri,” katanya.

Pertamina Patra Niaga sebelum ini melaporkan pembatalan perjanjian dengan PT Aneka Petroindo Raya (APR/BP AKR) dan PT Vivo Energy Indonesia (Vivo). 

Malah, Vivo telah pun menempah 40,000 tong bahan api asas. Difahamkan, pembatalan itu berkaitan dengan kandungan etanol 3.5 peratus dalam petrol yang ditawarkan.

”Awalnya, dua SPBU swasta berkenaan membeli petrol asas sampai Jumaat lalu, iaitu BP AKR dan Vivo. Tetapi, kemudian Vivo batal beli tidak teruskan. BP-AKR akhirnya tidak juga,” kata Achmad.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pertamina Patra Niaga, Achmad Muchtasyar, menjelaskan mengikut peraturan, kandungan etanol sehingga 20 peratus masih dibenarkan oleh kerajaan.

“Kandungan etanol 3.5 peratus adalah selamat dan mematuhi peraturan. Walau bagaimanapun, setiap entiti perniagaan mempunyai spesifikasi jenama tersendiri, jadi ia dianggap tidak sesuai,” jelasnya.

PERTAMINA GUNA SENDIRI 100,000 BAREL PETROL IMPORT

Walaupun ditolak oleh sektor swasta, Pertamina menegaskan bahawa semua produk bahan api yang diedarkan kekal mengikut piawaian rasmi kerajaan.

Pemangku Setiausaha Korporat Pertamina Patra Niaga, Roberth MV Dumatubun berkata amalan mencampur etanol adalah perkara biasa di banyak negara.

“Penggunaan bahan api dengan kandungan etanol sehingga 10 peratus adalah amalan terbaik antarabangsa, dari Amerika Syarikat dan Brazil hingga Thailand. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong tenaga yang lebih mesra alam,” jelasnya.

Bahlil mengulangi bahawa penolakan sektor swasta tidak menjejaskan stok negara.

“Tiada alasan untuk mengatakan bekalan semakin berkurangan. Semuanya penuh, dan kuota import telah diperuntukkan mengikut permintaan,” katanya.

Manakala, Bloomberg Technoz melaporkan Kementerian Tenaga dan Sumber Manusia (ESDM) memastikan 100,000 barel petrol asas import yang tidak dibeli operator stesen minyak (SPBU) swasta akan digunakan  sendiri oleh PT Pertamina Patra Niaga (PPN).

Jelasnya, Pertamina tidak akan mengalami kerugian, meskipun import bahan bakar asas pertama tersebut tidak laku dibeli oleh syarikat swasta.

ARTIKEL BERKAITAN

Stok petrol swasta habis, import minyak tambahan perlu lalui Pertamina Indonesia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here