GAC Emkoo 2025 lancar di Malaysia – Dua varian, harga Bermula RM123,800

7

GAC Malaysia melalui WTC Automotif (M) Sdn Bhd secara rasmi melancarkan GAC Emkoo serba baharu, sebuah SUV segmen-C dengan rekaan futuristik yang digelar Future Styled SUV. 

SUV itu ditawarkan dengan dua varian:

  • GAC Premium : RM123,800 
  • GAC Premium Pro : RM133,800

Dengan harga kompetitif, teknologi canggih serta tawaran pelancaran yang menarik, GAC Emkoo 2025 hadir sebagai pesaing baharu Proton X70 dan Honda CR-V dalam pasaran SUV Malaysia.

Sempena pelancaran itu, 500 pelanggan terawal bakal menikmati Tawaran Early Bird yang merangkumi rebat tunai RM4,000 serta pakej aksesori bernilai RM10,000.

Aksesori itu termasuk 2-Channel DVR, EMKOO Exclusive Kicking Plate, Luggage Tray dan Sport Pedals. Varian Premium mendapat Vkool Solar Tint dan Electric Power Tailgate, manakala Premium Pro pula menerima Vkool Security Tint.

Rekaan luarnya sangat menyerlah, mirip tema “robot pejuang”, dengan elemen seperti lampu depan “Eyes of Revelation”, gril berbentuk V “Illuminant” dan lampu belakang “Quantum Lightsabers”. Kedua-dua varian dilengkapi roda 19 inci sebagai standard. 

Sebagai SUV segmen C, Emkoo membawakan dimensi:

•Panjang: 4,680 mm
•Lebar: 1,901 mm
•Tinggi: 1,670 mm
•Jarak roda: 2,750 mm
 
Ini menjadikannya lebih besar daripada Proton X70, dan hampir setara dengan Honda CR-V.
 

Bahagian dalam tampil moden dengan Head-Up Display (HUD), kluster instrumen digital LCD 10.25 inci, serta skrin infotainmen 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto. Kapasiti but ialah 638 liter dan boleh diperluas hingga 1,586 liter dengan kerusi belakang dilipat.

Enjin 1.5 turbo 

Emkoo menggunakan enjin 1.5TGDI bersama transmisi 7-kelajuan wet dual-clutch. Ia mencatat penggunaan minyak rasmi 6.6L/100km (NEDC), pecutan 0-100km/j dalam 8.8 saat, serta kelajuan maksimum 190km/j. Kombinasi ini menjadikan Emkoo sebagai SUV yang seimbang dari segi kuasa dan penjimatan.

Keselamatan diperkukuh dengan pakej ADAS Tahap 2, Full Automatic Parking Assist (FAPA), teknologi Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC), dan kamera pandang keliling 540 darjah. Semua ini menjadikan Emkoo lebih yakin dipandu di bandar atau lebuh raya.

Menariknya, Emkoo dipasang tempatan (CKD) sebagai model kedua selepas GAC GS3 Emzoom. Ia hadir dengan lima warna membabitkan:

  • Super Star Silver
  • Graphite Grey
  • Frost White
  • Asphalt Black
  • Star Lake Green

Semua dipadankan dengan interior kulit sintetik hitam dengan aksen merah.

GAC turut mengumumkan peluasan rangkaian selepas jualan kepada 45 pusat servis di seluruh negara bermula Oktober 2025, memberikan jaminan lebih baik kepada pemilik.

GALERI GAMBAR

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here