Toyota, Daihatsu dan Suzuki bergabung hasilkan kereta sport kompak 1 liter turbo?

1085

Seperti yang anda tahu, Toyota sebenarnya sudah menjalin kerjasama dengan pengeluar automotif lain untuk menghasilkan kenderaan sukannya.

Seperti mana dengan Subaru, mereka mengeluarkan GR86 dan BRZ, manakala BMW melahirkan Supra serta Z4.

Namun satu laporan daripada majalah terlaris Jepun, Best Car melaporkan bahawa pengeluar nombor 1 di Jepun itu dikatakan akan bergabung tenaga dengan pakar kereta kompak Suzuki dan Daihatsu untuk membina sebuah kereta sport kompak.



Ini mungkin kerjasama ketiga-tiga jenama itu untuk membina kereta sukan kompak yang menjimatkan kos.

Jadi untuk merealisasikan matlamat itu, Toyota berkemungkinan akan meminjamkan platform GA-Bnya yang digunakan pada GR Yaris, manakala Suzuki akan mendermakan enjin petrol tiga silinder 1.0 liter pengecas turbonya.

Bagaimanapun, memandangkan Suzuki memasang kuasa turbo untuk memacu roda hadapan model Swift Turbonya.

Enjin itu perlu ditukar kepada konfigurasi ‘enjin pertengahan’ untuk pemacu belakang untuk memberikan pengendalian terbaik yang mungkin.

Enjin Swift Turbo itu hanya mampu menjana sekitar 110 hp, tetapi kenderaan sport kompak itu dijangka boleh menyalurkan 150hp, selain berkemungkinan menggunakan transmisi enam kelajuan automatik daripada Suzuki.

Dijangka kereta sukan daripada gabungan tiga jenama itu akan berlancarkan pada 2025. Adakah ini mungkin kereta sukan yang mampu milik untuk semua orang? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here