TNB sah gangguan elektrik di Lembah Klang dan beberapa tempat lain

690

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12.39 tengahari tadi.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Antara kawasan-kawasan terbabit:



  • Petaling Jaya
  • Cheras
  • Bangi
  • Bayan Lepas
  • Seberang Jaya
  • Panchor
  • Bandar Indera Mahkota

Bagaimanapun, bekalan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terbabit, kecuali di kawasan-kawasan membabitkan di Lembah Klang.

Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

TNB akan memaklumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengesahkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, termasuk ibu kota, sejak tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi DBKL, insiden itu menyebabkan lampu isyarat di sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi atau mengalami gangguan.

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here