Utama Berita Automotif Lesen Malaysia boleh digunakan di Maldives bermula bulan depan

Lesen Malaysia boleh digunakan di Maldives bermula bulan depan

692

Bermula 12 September depan lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Maldives tanpa perlu melakukan pertukaran lesen.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) dua hala pertama Malaysia dengan negara asing itu membolehkan rakyat kedua-dua negara  terus menggunakan Lesen Memandu domestik masing-masing.



“Mereka boleh memandu kenderaan bermotor yang dibenarkan di negara masing-masing tanpa perlu melalui proses bagi mendapatkan atau membuat sebarang pertukaran lesen memandu,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook.

MRA tersebut akan memberi kemudahan kepada rakyat kedua-dua negara yang sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan sektor sosial dan ekonomi Malaysia serta  Maldives.
 
“Kami sedia untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dalam pengangkutan dengan Maldives,” kata Wee.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here