Polis Ulu Yam Bharu guna Myvi sebagai kenderaan peronda?

944

Sebelum ini tular di media sosial imej Perodua Myvi menggunakan seragam kenderaan peronda polis.

Buat masa ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Perodua mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM). 



Bahkan hantaran Facebook syarikat yang membekalkan komponen dan aksesori yang berkongsi imej hatchback berkenaan juga sudah tiada di laman sosial.

Bagaimanapun, menurut Paultan, SM Offroad dan Outdoor Equipment (SMOE) yang memuatnaik gambar Myvi berkenaan menjelaskan menerima tugas untuk memasang bar lampu strob dan sistem siren untuk kesemua unit kenderaan berkenaan. 

Difahamkan kenderaan peronda polis Myvi itu adalah sebagaian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua bersama PDRM yang mana akan digunakan di daerah terpilih.

Perodua Myvi tersebut didatangkan dengan warna badan perak dan pelekat berwarna biru, kuning dan hijau pada bahagian sisi badan bersama pelekat logo Perodua yang diletakkan di depan, sisi dan belakang. 

Model berkenaan merupakan versi yang dilancarkan tahun lalu dan merupakan varian tertinggi AV yang menggunakan enjin 1.5 liter berkuasa 102hp dan tork maksima 136Nm, bersama transmisi kotak gear 4-kelajuan automatik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here