Samakan AE86 dengan Proton Iswara, mesti terkejut bila tahu harga pasaran…

3612

Siapa yang tidak kenal dengan watak Takumi Fujiwara dan Bunta Fujiwara dalam Initial D. Kisah penghantar tofu ini begitu popular dalam kalangan peminat kereta JDM. 

Nama 86 itu sendiri dikenali melalui Corolla Sprinter Trueno AE86 yang menjadi pacuan Takumi Fujiwara dan sering menjadi idaman anak muda. 



Walaupun dikategorikan sebagai kenderaan lama, harganya kini meningkat tinggi melebihi RM100,000. 

Bagaimanapun, satu video yang dimuatnaik di TikTok membuatkan peminat anime dan kenderaan itu ketawa apabila seorang wanita menyamakan ia dengan Proton Iswara.

@datonikk

Iswara dia kata 🤣

♬ original sound – Niko 🍁 – Niko 🍁

“Kereta JDM? Kereta apa itu?. Apa istimewa dia?. Macam Iswara je. Nampak burukje,” katanya.

Kata-kata wanita itu mematahkan keterujaan lelaki berkenaan ketika terserempak dengan model legenda berkenaan. 

Motoqar tidak menyalahkan wanita tersebut kerana bukan semua individu mengetahui mahupun mengenali model JDM tambahan AE86 dikeluarkan pada era 80-an. Jika wanita berkenaan mengenali kereta tersebut, dia antara kaum hawa yang ‘rare’.

Selain itu, jangan terkejut juga sebenarnya ada pemilik Proton Saga Aeroback yang mengubah kenderaannya menjadi Toyota AE86 Trueno.

Pemilik turut mengambil inspirasi Toyota AE86 Trueno Initial D melalui skim warna pada pelekat badannya. Sekali imbas begitu mirip dengan AE86, bagi individu yang bukanlah pengikut mahupun peminat JDM tentu tidak dapat membezakan kedua-dua model ini.

Model yang diubah acah AE86 itu itu dilakukan pemilik di United Kingdom dan anda boleh baca artikelnya di sini. 

TENTANG AE86

Untuk wanita tersebut, kami ceritakan secara ringkas tentang sejarah AE86. Toyota  AE86 dilancarkan pada 1983 sebagai sebahagian daripada varian Corolla generasi kelima.

Ia merupakan Corolla (AE) terakhir yang didatangkan dengan pacuan roda belakang. Toyota mengarahkan pembangunan projek kereta itu berbaloi untuk didekasikan kepada Corolla generasi lama. 

Maka terhasillah Trueno Sprinter yang menggunakan lampu depan pop-up yang menjadi pelopor rekaan dalam automotif dan kembarnya Corolla Levin dengan lampu depan kekal. 

Tahukah anda sebenarnya Trueno membawa maksud ‘guruh’ dan Levin pula bermakna petir atau kilat. AE86 merupakan Corolla generasi terhebat keluaran Toyota yang dijual hampir kesemua benua di dunia.

Enjin DOHC 1.6-liter membuktikan kehebatannya. Janakuasa 4A-GE dengan konfigurasi DOHC 16-injap mampu menghasilkan kuasa 130bhp bersama kotak gear manual 5-kelajuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here