Bila nak guna butang Overdrive? Kejap, Overdrive tu apa?

20450

Bagi anda yang memandu kereta bertransmisi automatik, selain butang biasa yang ditekan semasa mengalih posisi gear, pasti perasan terdapat satu lagi butang overdrive di tepi tombol gear.

Butang Overdrive. Imej: Goody Feed

Ya, itu ialah butang Overdrive (O/D). Biasanya butang ini lebih kecil dan terletak di posisi lebih bawah dari butang penukaran biasa.

“Bro, tekan butang OD ni, nanti kereta laju sikit”, “Tekan OD ni nanti kereta macam ada turbo”. Anda pernah dengar ayat-ayat ini?

Apa itu Overdrive?

Anda tahu ke apa itu sebenarnya Overdrive? Dan bila patut kita gunakannya?

Overdrive mungkin kedengaran seperti ganas, laju dan hebat, tetapi ia bukanlah seperti yang disangka. Ia satu fungsi berguna untuk meningkatkan prestasi enjin dan memanjangkan jangka hayat komponen drivetrain, tetapi bukanlah begitu mengujakan sangat.

Overdrive sebenarnya hanyalah gear tertinggi dalam transmisi kereta anda. Jika anda memandu Proton Wira automatik, kereta itu mempunyai 3-kelajuan dan Overdrive ialah gear 3.

Myvi Baharu
Transmisi automatik pada Perodua Myvi mempunyai 4-kelajuan.

Jika anda memandu Perodua Myvi, Perodua Axia, atau Toyota Vios generasi awal dan lain-lain, model-model ini mempunyai 4-kelajuan, maka OD ialah gear 4. Semudah itu.

Jom Baca:   Daihatsu Sirion (Myvi) facelift dikesan di Depok, Indonesia, bakal lancar Jun depan
Imej: Daily Express

Overdrive atau gear tertinggi ini hanyalah berfungsi mengurangkan stres dan tekanan kepada enjin, transmisi dan drivetrain secara keseluruhannya apabila meluncur di kelajuan tinggi. Ia memberikan nisbah gear terbaik untuk meluncur di lebuhraya yang rata dan pada kelajuan tetap.

Transmisi manual 6-kelajuan. Imej: Fanpop

Selain itu, Overdrive mengurangkan penggunaan bahan api semasa meluncur. Ala, kalau anda pandu dengan transmisi manual, anda pasti gunakan gear tertinggi 5 atau 6 jika meluncur di lebuhraya, bukan?

Transmisi automatik 8-kelajuan pada Volvo XC40 T5.

Ada juga kereta lebih berkuasa dan lebih moden yang mempunyai 6 malah 8 kelajuan untuk transmisi automatik mereka, tetapi tiada butang OD kerana transmisi itu lebih canggih dan mempunyai onboard computer yang cukup bijak untuk mengawal semua kelajuan transmisi.

Artikel ini fokus untuk transmisi yang lebih konvensional dan old school.

Proton Iriz menggunakan transmisi automatik CVT.

Oh ya, kereta CVT tak ada Overdrive ya, sebab tak ada gear.

Bagaimana Overdrive berfungsi?

Tekan butangnya, bermakna OD Off dan akan ada penunjuk di papan pemuka menyala, bila tekan sekali dan butang dilepaskan, lampu penunjuk OD Off terpadam.

Jom Baca:   Tertekan pedal minyak, Myvi rempuh pasar raya dan langgar seorang pekerja makanan segera
Imej: Goody Feed

OD Off ialah transmisi menyahaktifkan fungsi Overdrive, bermakna kereta tidak akan pergi ke gear paling tinggi. Sebagai contoh jika Myvi anda mempunyai 4-kelajuan, ia akan menukar ke gear 1, 2 dan 3 sahaja, dan tidak akan masuk ke gear 4.

Secara default, transmisi kereta akan berada pada OD On dan anda patut biarkan sahaja dalam kedudukan ini untuk kebanyakan keadaan.

Bila nak guna butang Overdrive?

Sama seperti anda memandu kenderaan dengan transmisi manual, anda akan menukar dari gear 5 kepada gear 4 ketika mahu memotong, mendaki bukit atau menuruni bukit secara berpanjangan.

Menuruni bukit. Imej: Ringgit Plus

Begitu juga konsepnya dengan Overdrive. Anda boleh menekan butang itu untuk masuk ke mod OD Off, dan kereta tidak akan pergi ke gear tertinggi. Maka, akan ada downshift yang berguna untuk situasi-situasi pemanduan seperti disebut di atas.

Overdrive berguna semasa hendak mendapatkan kuasa memotong. Imej: Daily Express

Kereta juga akan kekal di gear 3 (jika kotak gear mempunyai 4 kelajuan) dan menuruni bukit dalam kelajuan 60 hingga 80 km/j dengan OD Off akan membuatkan kereta rasa lebih terkawal, brek enjin mengawal kelajuan kenderaan agar tidak bertambah terlalu mendadak, dan anda juga dapat menjimatkan pelapik brek.

Jom Baca:   Perodua rekod jualan 127,343 unit enam bulan pertama 2022, Myvi kekal model terlaris...
Menuruni curam sebegini tidak memerlukan OD Off. Imej: The Detroit Bureau

Tetapi walaupun untuk memotong atau menuruni bukit, jika anda berada di kelajuan yang lebih rendah, bawah 50 km/j misalnya, tidak perlulah mengaktifkan OD Off kerana secara logik, pada kelajuan itu kereta mungkin belum masuk ke gear 4.

Untuk pemandu yang lebih cekap, Overdrive juga boleh digunakan sebelum memasuki selekoh (bergantung kepada kelajuan) untuk turun dahulu ke gear lebih rendah sebelum selekoh. Ini kerana transmisi automatik biasa hanya akan turun gear apabila pedal minyak ditekan semasa keluar selekoh.

Mudah saja, bukan? Ia hanyalah fungsi mengaktifkan atau menyahaktifkan penggunaan gear tertinggi. Selepas ini kalau kawan anda sembang kencang mengatakan Overdrive itu seperti turbo atau boost tambahan, anda boleh “basuh” dia dengan semua fakta dan keterangan di atas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here