Pelajar kolej maut bertembung trak pikap

555

Seorang pelajar kolej maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di KM16, Jalan Seremban-Tampin, Rembau, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, mangsa, Arref Muzakir Mohamad Shawal, 21, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan membabitkan Perodua Axia yang dipandu mangsa dari arah Tampin dan Nissan Frontier yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun.



“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang merupakan pelajar praktikal dalam perjalanan dari rumahnya di Segamat ke kolejnya di Klang.

“Setiba di tempat kejadian berbentuk selekoh, kenderaan mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan Nissan Frontier,” katanya.

Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan pada bahagian kepala,bahagian dada dan patah kaki kiri.

Pemandu sebuah lagi kenderaan dikejarkan ke hospital susulan mengalami kecederaan pada kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here